Aktiviti kali ini adalah gabungan Budak Kaki Gunung (BKG) & Outdoor World Adventure (OWA), kerjasama bersama ini sebenarnya telah lama dilakukan sejak awal pembabitan BKG dalam kancah 'outdoor'. Aktiviti kami kali ini adalah menawan puncak Gunung Rajah dan menyaksikan keindahan ciptaan ALLAH semasa proses terbitnya matahari pagi 'sunrise', pastinya tidak ramai yang sanggup mengharungi laluan pacak menuju puncak seawal pukul 2 pagi.
Aktiviti kali ini disertai seramai 21 orang peserta termasuk 'guider' dan 'admin' yang mempunyai tugas tertentu termasuk 'sweaper' selaku orang terakhir, tukang masak dan 'runner' yang ditugaskan sebagai orang perantaraan diantara 'guider' dan 'sweaper'. Peserta kali ini terdiri daripada rakan-rakan lama dan beberapa peserta baru yang ingin mencuba menawan puncak Gunung Rajah ini.
Sabtu 22/3/2014
12:50 am - Bergerak ke Bentong Pahang (Konvoi)
01:30 am - Tiba di Tol Bentong (Menunggu peserta)
01:40 am - Bergerak / Exit Bentong
01:45 am - Singgah membeli sarapan sebagai bekalan semasa mendaki
02:10 am - Bergerak menuju ke Air Terjun Chamang
02:40 am - Tiba di Air Terjun Chamang - Mengemas beg - Pembahagian 'ration' - Bersiap
03:40 am - Taklimat, doa & senaman
03:50 am - Pendakian bermula menuju ke tapak perkhemahan, Lata Naning
04:55 am - Tiba di 'check point' Batu - Berehat
05:30 am - Bergerak ke 'check point' ke-2, Sungai Besar
06:55 am - Tiba di Sungai Besar - Berehat, solat & sarapan
08:20 am - Bergerak ke Lata Naning
09:00 am - Tiba di Lata Naning - Bergotong royong menyediakan tapak perkhemahan - Memasak - Aktiviti mandi - Bergambar
13:00 pm - Makan tengahari (Ayam masak merah, telur dadar, sayur goreng & popia otak-otak)
17:00 pm - Minum petang
18:50 pm - 'Ice breaking' sesi suai kenal sesama peserta sambil berkongsi pengalaman
21:15 pm - Makan malam
22:00 pm - Taklimat tentang pendakian ke puncak Gunung Rajah
22:30 pm - Berkemas & tidur sebelum menuju ke puncak pada awal pagi
Ahad 23/3/2014
12:30 am - Menyediakan sarapan untuk dibungkus sebagai bekalan semasa ke puncak
01:15 am - Bersiap & pembahagian makanan
02:15 am - Pendakian bermula
02:50 am - Tiba di Rescue Point ( Dekat sini ada talian h/p), sambung pendakian
03:10 am - Tiba di Kem Hijau (Tapak perkhemahan yang besar, sesuai untuk kumpulan dengan peserta yang ramai) - Berehat
03:40 am - Meneruskan pendakian
04:30 am - Tiba di puncak Bonsai dan berehat
04:40 am - Pendakian diteruskan
05:10 am - Tiba di kawasan batu, disini peserta harus mendaki menggunakan tali untuk meneruskan pemdakian
05:30 am - Tiba di 'last water point', disini peserta boleh mengisi air tetapi air sedikit keruh.
06:00 am - Tiba di Puncak Gunung Rajah
Alhamdulillah satu lagi puncak gunung berjaya ditawan dengan jayanya, satu lagi keindahan ciptaan ALLAH berjaya disaksikan, pemandangan yang sangat-sangat indah dapat kami saksikan dari atas puncak ini. Pada itu juga, dengan izinNYA kami dapat menyaksikan proses matahari naik 'sunrise', pengalaman ini adalah pengalaman yang sangat berharga dan indah bagi kami.
Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta yang memeriahkan dan menjayakan aktiviti kali ini, BKG & OWA memohon maaf sekiranya ada kekecewaan dan kekurangan dari kami sepanjang aktiviti dijalankan, semoga kita berjumpa lagi di lain aktiviti dan program inshaALLAH.
No comments:
Post a Comment