Alhamdulillah sekali lagi aktiviti BKG berjalan dengan lancar, kali ini kami ke Gunung Hitam Hulu Langat, sebuah gunung yang jarang didaki. Ini berkemungkinan atas faktor kawasan yang agak pedalaman, jalan yang tidak berturap dan bersemak serta air terjun yang sudah semakin kering. Keadaan itu tidak melunturkan semangat 30 peserta yang mengikuti aktivti ini, malah bertambah bersemangat untuk menakluki gunung yang jarang didaki ini.
Gunung Hitam ini berketinggian 1220 meter dari aras laut, Sungai Gabai adalah land mark bagi memasuki ke starting point Gunung Hitam. Laluan yang jarang dimasuki membuatkan keadaan telah di naiki lalang dan semak selain turapan jalan yang sudah mula pecah dan ditakungi air, bagi mereka yang sayang kereta di maklumkan untuk tumpang kereta rakan ataupun menyewa 4wd.
Pedakian yang dianggap santai pada mula aktiviti tenyata meleset apabila baru lebih kurang 20 minit perjalanan, keadaan laluan trek yang kering dan keras serta ditutupi daun-daun kering membuatkan perjalanan menjadi licin dan panas, keadaan ini sedikit sebanyak memberi cabaran kepada semua peserta. Halangan demi halangan ditempuhi peserta untuk mencapai matlamat menawan puncak Gunung Hitam, cuaca panas benar-benar menguji tahap kekentalan peserta.
Ternyata segala halangan dan cabaran berjaya diharungi oleh semua peserta aktiviti, matlamat utama menawan puncak Berjaya di realisasikan. Kejayaan ini ditambah dengan tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, kesemua peserta selamat tiba ke kawasan perkhemahan dengan selamat.
trimakasih infonya,,
ReplyDeletesangat menarik dan bermanfaat,,
mantap,,