Monday, May 11, 2015

Gunung Hitam, Hulu Langat Selangor - 22 - 23 Feb 2014

Alhamdulillah sekali lagi aktiviti BKG berjalan dengan lancar, kali ini kami ke Gunung Hitam Hulu Langat, sebuah gunung yang jarang didaki. Ini berkemungkinan atas faktor kawasan yang agak pedalaman, jalan yang tidak berturap dan bersemak serta air terjun yang sudah semakin kering. Keadaan itu tidak melunturkan semangat 30 peserta yang mengikuti aktivti ini, malah bertambah bersemangat untuk menakluki gunung yang jarang didaki ini.

Gunung Hitam ini berketinggian 1220 meter dari aras laut, Sungai Gabai adalah land mark bagi memasuki ke starting point Gunung Hitam. Laluan yang jarang dimasuki membuatkan keadaan telah di naiki lalang dan semak selain turapan jalan yang sudah mula pecah dan ditakungi air, bagi mereka yang sayang kereta di maklumkan untuk tumpang kereta rakan ataupun menyewa 4wd.

Pedakian yang dianggap santai pada mula aktiviti tenyata meleset apabila baru lebih kurang 20 minit perjalanan, keadaan laluan trek yang kering dan keras serta ditutupi daun-daun kering membuatkan perjalanan menjadi licin dan panas, keadaan ini sedikit sebanyak memberi cabaran kepada semua peserta. Halangan demi halangan ditempuhi peserta untuk mencapai matlamat menawan puncak Gunung Hitam, cuaca panas benar-benar menguji tahap kekentalan peserta.

Ternyata segala halangan dan cabaran berjaya diharungi oleh semua peserta aktiviti, matlamat utama menawan puncak Berjaya di realisasikan. Kejayaan ini ditambah dengan tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku, kesemua peserta selamat tiba ke kawasan perkhemahan dengan selamat.















Gunung Rajah, Bentong Pahang (22 & 23 Mac 2014)

Aktiviti kali ini adalah gabungan Budak Kaki Gunung (BKG) & Outdoor World Adventure (OWA), kerjasama bersama ini sebenarnya telah lama dilakukan sejak awal pembabitan BKG dalam kancah 'outdoor'. Aktiviti kami kali ini adalah menawan puncak Gunung Rajah dan menyaksikan keindahan ciptaan ALLAH semasa proses terbitnya matahari pagi 'sunrise', pastinya tidak ramai yang sanggup mengharungi laluan pacak menuju puncak seawal pukul 2 pagi.

Aktiviti kali ini disertai seramai 21 orang peserta termasuk 'guider' dan 'admin' yang mempunyai tugas tertentu termasuk 'sweaper' selaku orang terakhir, tukang masak dan 'runner' yang ditugaskan sebagai orang perantaraan diantara 'guider' dan 'sweaper'. Peserta kali ini terdiri daripada rakan-rakan lama dan beberapa peserta baru yang ingin mencuba menawan puncak Gunung Rajah ini.

Sabtu 22/3/2014

12:50 am - Bergerak ke Bentong Pahang (Konvoi)
01:30 am - Tiba di Tol Bentong (Menunggu peserta)
01:40 am - Bergerak / Exit Bentong
01:45 am - Singgah membeli sarapan sebagai bekalan semasa mendaki
02:10 am - Bergerak menuju ke Air Terjun Chamang
02:40 am - Tiba di Air Terjun Chamang - Mengemas beg - Pembahagian 'ration' - Bersiap
03:40 am - Taklimat, doa & senaman
03:50 am - Pendakian bermula menuju ke tapak perkhemahan, Lata Naning
04:55 am - Tiba di 'check point' Batu - Berehat
05:30 am  - Bergerak ke 'check point' ke-2, Sungai Besar
06:55 am - Tiba di Sungai Besar - Berehat, solat & sarapan
08:20 am - Bergerak ke Lata Naning
09:00 am - Tiba di Lata Naning - Bergotong royong menyediakan tapak perkhemahan - Memasak - Aktiviti mandi - Bergambar
13:00 pm - Makan tengahari (Ayam masak merah, telur dadar, sayur goreng & popia otak-otak)
17:00 pm - Minum petang
18:50 pm - 'Ice breaking' sesi suai kenal sesama peserta sambil berkongsi pengalaman
21:15 pm - Makan malam
22:00 pm - Taklimat tentang pendakian ke puncak Gunung Rajah
22:30 pm - Berkemas & tidur sebelum menuju ke puncak pada awal pagi

Ahad 23/3/2014

12:30 am - Menyediakan sarapan untuk dibungkus sebagai bekalan semasa ke puncak
01:15 am - Bersiap & pembahagian makanan
02:15 am - Pendakian bermula
02:50 am - Tiba di Rescue Point ( Dekat sini ada talian h/p), sambung pendakian
03:10 am - Tiba di Kem Hijau (Tapak perkhemahan yang besar, sesuai untuk kumpulan dengan peserta yang ramai) - Berehat
03:40 am - Meneruskan pendakian
04:30 am - Tiba di puncak Bonsai dan berehat
04:40 am - Pendakian diteruskan
05:10 am - Tiba di kawasan batu, disini peserta harus mendaki menggunakan tali untuk meneruskan pemdakian
05:30 am - Tiba di 'last water point', disini peserta boleh mengisi air tetapi air sedikit keruh.
06:00 am - Tiba di Puncak Gunung Rajah

Alhamdulillah satu lagi puncak gunung berjaya ditawan dengan jayanya, satu lagi keindahan ciptaan ALLAH berjaya disaksikan, pemandangan yang sangat-sangat indah dapat kami saksikan dari atas puncak ini. Pada itu juga, dengan izinNYA kami dapat menyaksikan proses matahari naik 'sunrise', pengalaman ini adalah pengalaman yang sangat berharga dan indah bagi kami.

Ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua peserta yang memeriahkan dan menjayakan aktiviti kali ini, BKG & OWA memohon maaf sekiranya ada kekecewaan dan kekurangan dari kami sepanjang aktiviti dijalankan, semoga kita berjumpa lagi di lain aktiviti dan program inshaALLAH.



















AKTIF

Assalammualaikum semua,

Lama tak menjengah blog BKG ni, kurang aktif di blog tapi masih AKTIF beraktiviti. Lebih tertumpu di facebook, mudah cepat dan pantas. Sesiapa yang nak jenguk aktiviti kami boleh ke laman page facebook Budak Kaki Gunung, ada beberapa aktiviti akan mendatang. Terima kasih mana yang berterusan menerjah blog BKG ini, InsyaALLAH kami akan terus sentiasa memberikan info yang bermanfaat buat semua. Tunggu entri-entri yang masih tertangguh lebih setahun, sedikit masa diperlukan untuk mengarap penulisan.