Wednesday, November 20, 2013

Budak Kaki Gunung di Instagram

Melangkah lagi kehadapan menuju zaman moden, kini BKG boleh dilihat melalui Instagram sebagai langkah untuk mendekatkan lagi BKG dengan semua pengiat-pengiat sukan outdoor. Taip budakkakigunung dan klik follow untuk terus menerus menyokong kami untuk sentiasa kuat dalam mengharungi cabaran dalam dunia outdoor ini, sokongan anda amat dihargai dan dialu-alukan. 


Outdoor Event Management

Sepanjang pembelajaran BKG dalam dunia outdoor selama ini menampakkan perjalanan yang meluas dan semakin mendalami pengalaman, dalam pembelajaran ini kami mengenali ramai rakan-rakan, otai-otai, usahawan-usahawan, pengiat-pengiat sukan, pencinta-pencinta alam dan ramai lagi. Hobi yang selama ini hanyalah sebagai hobi diperluaskan dalam bidang pengurusan aktiviti outdoor, dengan dinaungi Outdoor World Adventure Sdn. Bhd (OWA)

Di OWA kami menyediakan perkhidmatan pengurusan aktiviti luar seperti team building, water sport, flying-fox, abseiling, guiding dan sebagainya berkaitan dengan aktiviti luar dan extreme. Anda suarakan kami jalankan, untuk penjelasan lanjut atau sebarang pertanyaan boleh berhubung terus di talian 010-2182244

Tuesday, November 19, 2013

Gunung Hijau, Bukit Larut Taiping, Perak (15 Nov - 16 Nov 2013)

Satu lagi aktiviti yang berjaya dijalankan dengan tanpa sebarang kejadian yang tidak diigini, Alhamdulillah semua nya selamat. Satu kumpulan peserta yang sangat-sangat happening dan sangat pening nak layan, tak kering gusi sepanjang 2 hari 1 malam ni. Walaupun kami baru lagi berjumpa dan baru di satukan tetapi ia tidak menyuramkan keadaan dan aktiviti, ini membuatkan aktiviti kali ini amat menarik. Ucapan terima kasih kepada semua peserta kerana menjayakan dan menceriakan aktiviti kali ini, mohon ampun dan maaf sekiranya ada kekurangan atau terkasar bahasa dan pergaulan sepanjang waktu aktiviti, sehingga kita berjumpa lagi di lain aktiviti, terima kasih.....

TENTATIF PROGRAM

15 Nov (Jumaat)
2200 - Berkumpul di LRT Gombak
2330 - Bertolak ke Taiping Konvoi Carpool

16 Nov (Sabtu)
0500 – Dijangka tiba di perkarangan Masjid Taiping
0600 – Solat Subuh
0630 – Sarapan pagi / Tapaw Lunch
0700 – Bertolak ke kaki Bukit Larut
0900 – Menaiki 4 x 4 ke Banglo penginapan
1100 – Dijangka tiba di Banglo Penginapan, Bukit Larut
1130 – Persiapan untuk ‘Daypack’ Trekking ke Gunung Hijau
1145 – Mula Trekking ke starting point Gunung Hijau (sempadan jalan tar – trek hutan)
1200 – Dijangka tiba di starting point. Mula Trekking ke puncak

1300 – Dijangka tiba di Puncak
1400 – Turun ke Banglo Penginapan
1600 – Dijangka tiba di Banglo Penginpan
Aktiviti Bebas. Minum Petang
1900 – Layan view sunset
Solat Maghrib
Persiapan Dinner
2100 – Dinner. Aktiviti Bebas

17 Nov (Ahad)
0900 – Sarapan Pagi
1200 – Berkemas
1400 – Check Out. Naik 4 x 4 turun ke Kaki Bukit Larut
1600 – Bergerak ke Lata Suria. Mandi-manda. Menyelam
Atau
Bertolak ke Kuala Sepetang, pekena Mee Udang.

1830 – Bertolak pulang ke Kuala Lumpur
2300 – Dijangka sampai KL. Bersurai.






















Monday, November 11, 2013

Trans JERGING (Gunung Suku+Gunung Irau+Gunung Yellow+Gunung Pass)

Dengan moto 'Kasi Tapau Semua' sedikit sebanyak memberi semangat kepada semua peserta untuk menawan Trans Jerging sekali gus menapau semua 4 puncak gunung. Dengan keadaan trek yang sangat 'rare' dan laluan menegak dari mula pendakiaan ke Gunung Suku banyak menguji tahap ketahanan peserta namun semua dihadapi dengan tenang bak kata-kata 'Jangan gaduh-gaduh, benda boleh bincang'.

Trans ini memberikan tekanan yang cukup hebat kepada para peserta, bermula dari pendakian Gunung Suku yang memacak dari permulaan hingga ke puncak, selepas tiba di puncak perjalanan diteruskan ke Kem Bear untuk singgah sana malam pertama, perjalanan memakan masa 8-10 jam. Alhamdulillah peserta yang terpecah kepada 2 kumpulan ini tiba dengan selamat walaupun kumpulan 2 mengalami kelewatan, dengan semangat berpasukan, kumpulan 1 yang tiba lebih awal telah menyiapkan segala tempat bermalam, menyediakan makanan serta memberi bantuan kepada kumpulan 2.

Pendakian di hari ke 2 turut memberikan tekanan dengan perjalanan hampir sama pada hari pertama tetapi kali ini kumpulan 1 sedikit tersasar dari laluan sebenar yang melewatkan perjalanan lebih kurang 1 jam, walaupun begitu kumpulan 1 dapat kembali ke laluan sebenar dan bersama dengan kumpulan 2 dan bersama-sama ke Puncak Gunung Irau sebagai gunung kedua dalam Trans Jerging ini. Oleh kerana berlaku kekeliruan trek dan tersasar dari laluan sebenar, rancangan yang diatur untuk bermalam di Puncak Gunung Yellow tidak dapat dilaksana kan, sekitar jam 9 malam langkah kaki kumpulan 1 terpaksa dihentikan kerana berlaku kelewatan masa dan telah melebihi tahap keupayaan badan. Kumpulan 1 membuat tindakan untuk menjadi laluan yang sedikit untuk dijadikan tempat untuk bermalam dihari kedua dan sama sekali menunggu untuk kumpulan ke 2 tiba. Beberapa lama kemudian kumpulan 2 tiba dan 1 perbincangan diadakan bagi membuat plan B, keputusan muktamad diperolehi, kami membuat keputusan untuk bermalam terus dan kembali meneruskan pendakian pada pukul 6 pagi keesokan harinya, keputusan ini dibuat atas sebab kelewatan masa dan keupayaan badan dan peserta. 

Pada hari ketiga, kira-kira pukul 6 pagi kami kembali meneruskan pendakian ke Puncak Gunung Yellow, terdapat beberapa laluan yang mengelirukan dan sedikit sebanyak melengahkan pendakian kami, kira-kira hampir pukul 8 pagi kami tiba akhirnya di Puncak Gunung Yellow sebagai gunung ke 3 dalam trans ini. Dipuncak peserta mengambil masa untuk kembali merehatkan diri dan mengembalikan tenaga yang telah hilang pada hari kedua, dalam tidak sedar 3 puncak gunung telah kami tawan. Semangat peserta kembali pulih dan semakin bersemangat untuk menamatkan dan sekali gus merealisasikan Trans Jerging.

Waktu hampir tengahari kami bergerak turun dari puncak ke Gunung Pass, segalanya sudah, makan, rehat, tidur dan minum. Tenaga kembali pada tahap terbaik untuk menamatkan ekspedisi ini, dari puncak Gunung Yellow kami bertembung dengan 1 kumpulan lain yang turu sama ke Gunung Pass. Perjalanan ke Gunung Pass agak sederhana, ini membuatkan perjalanan agak pantas dari 2 hari sebelumnya. Kami tiba di Puncak Gunung Pass sebagai gunung terakhir dalam trans ini kira-kira pukul 3 petang, kami mengambil masa 10 minit untuk berehat, meneguk air dan bergambar kenangan. Keadaan mental dan fizikal kini kembali mantap, fokus terarah kepada jalan keluar, laluan trek juga semakin mudah, hanya perlu menuruni tanpa pendakian.

Kumpulan 1 tiba seawal pukul 6:30 petang, kumpulan 2 tiba pukul 6:45 petang sebelum kumpulan 3 tiba kira-kira pukul 7 malam, Alhamdulillah kesemua peserta selamat keluar dan menamatkan Trans Jerging yang julung-julung kalinya diadakan oleh  mana-mana kumpulan outdoor. Segala perit dan jerih laluan hanya peserta yang dapat rasakan, tidak dapat diolah dengan kata-kata atau perkataan. Satu pegalaman baru, banyak pembelajaran yang dipelajari dari peserta-peserta serta admin-admin OWA, berkenalan dengan sahabat-sahabat baru, aktivit yang sangat menarik.

Trans ini dibawakan oleh OWA yang diketuai oleh Muhamad Asrul Rizam bersama admin-admin yang lain, tanpa mereka misi ini mungkin gagal dilaksana kan seperti yang direncana. Ucapan terima kasih kepada semua yang mewarnai event ini dan ucapan terima kasih juga kerana memberi ruang kepada admin BKG untuk turut merasai kehebatan Trans Jerging, suka duka di kongsi bersama walau pertama kali berjumpa. Di harapkan pertemuaan ini akan mengeratkan lagi hubungan sesama kawan 'outdoor' dan saling menghangatkan lagi dunia 'hiking' ini, di sini admin BKG juga memohon ampun dan maaf atas-atas kekecewaan, kesalahan bahasa dan pergaulan, menyusun 10 jari memohon maaf.

















Air Terjun Bekelah Maran, Pahang (14 & 15 September 2013)

Bertandang ke Air Terjun Bekelah adalah kunjungan BKG kali kedua dalam tempoh 2 tahun, Bekelah menjadi antara tempat berair terjun WAJIB pergi bagi kami kerana kecantikan air nya selain menyajikan kawah-kawah yang besar. 

Kunjungan kali ini memberikan pengalaman yang baru kepada kami, antaranya terlupa bawa gas memasak, tertinggal kambing untuk bbq di pertengahan trek, memasak menggunakan kayu api walaupun hujan pada sebelah petang dan malam, dapat mencari gas-gas memasak di longgokan sampah. 

Walaupun dalam tempoh 2 hari 1 malam itu agak kelam kabut dan rumit dengan ketiadaan gas memasak, kami bekerjasama bersama-sama berganding bahu membantu antara satu sama lain untuk menyediakan makanan seperti yang telah dirancangkan walaupun tidak sempurna seperti diatas kertas. Alhamdulillah kerana kami berjaya harungi dugaan dan masih boleh bergambar dan bersuka ria mandi manda bersama.

Pengajarannya disini, tidak semua apa yang dirancang akan tercapai atau terlaksana, bersedialah untuk harungi apa saja dugaan dan harungilah dengan tenang. Setiap kejadian membuatkan kita semakin berpengalaman dan lebih bersedia.

Ucapan terima kasih kepada peserta-peserta kali ini kerana sudi menyertai aktiviti BKG selama 2 hari 1 malam ini, mohon maaf dan ampun atas kekurangan dan kekecewaan harap tidak disimpan didalam hati. Sehingga berjumpa lagi dilain aktiviti dan sentiasa ikuti perkembangan BKG disini. Terima kasih...