Monday, July 18, 2011

17 Julai 2011 - Guider- Kem Lolo, Gunung Nuang (Vol 2)

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar pada aktiviti 17 Julai yang lalu, semua peserta, pensyarah dan guider yang mengikuti aktiviti ini selamat naik dan turun. Tiada masalah yang terlalu serius yang dihadapi kali ini cuma ada seorang peserta mengalami sesak nafas (lelah) dan beberapa peserta yang mengalami kekejangan otot. Walaupun begitu mereka masih lagi bersemangat dan terus berjalan dan mendaki untuk bersama-sama peserta-peserta yang lain untuk sampai ke destinasi yang dituju iaitu Kem Lolo.

Pembahagian makanan dan minuman kepada peserta ↑

Taklimat ringkas dari wakil BKG dan bacaan doa dari Amir ↑

Perjalanan bermula kira-kira jam 9:30 pagi, kesemuanya kelihatan begitu bersemangat dan bertenaga ↑

Tiba di wakaf akhir kira-kira 12:30 tengahari, terpancar wajah kepenatan tetapi masih tetap bersemangat ke destinasi dituju ↑

Setelah berehat hampir 15 minit, pendakian ke Kem Lolo bermula. Perjalanan sedikit mencabar dengan keadaan jalan yang agak kecik dan sempit selain terpaksa melintas beberapa anak sungai ↑

Kira-kira jam 1:45 tengahari kesemua peserta tiba ke destinasi yang dituju, Kem Lolo. ↑

Waktu yang ditunggu-tunggu para peserta dan 2 pensyarah yang turut mengikuti aktiviti ini, makan tengahari. Jelas kelihatan peserta kelaparan dan kepenatan! ↑

Peserta bergambar kenangan di Kem Lolo sebelum turun meneruskan perjalanan balik ↑

Penerimaan plak penghargaan daripada peserta yang disampaikan oleh Puan Warti sambil disaksikan Puan Fazida kepada wakil BKG, terima kasih diatas penghargaan ini. ↑


Kami dari BKG mengharapkan semua peserta dan 2 pensyarah yang mengikuti aktiviti ini berpuas hati dengan perkhidmatan kami, jika terdapat kekecewaan mahupun kesilapan dari kami mohon dimaafkan. Ucapan jutaan terima kasih juga kepada semua, diatas penghargaan yang diberikan kepada BKG. Kami dari BKG mengharapkan serta mendoakan semua peserta dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam, Bangi berjaya dalam pembelajaran dan mencapai apa yang dicitakan, INSYAALLAH. Kepada 2 puan yang turut mengikuti aktiviti kali ini, terima kasih kami ucapkan atas layanan mesra yang diberikan, puan memang best! Kepada Azman, ucapan terima kasih juga dan tahniah kerana berjaya dalam mengetuai peserta. BKG juga ingin mengucapkan tahniah kepada guider-guider kerana berjaya dalam aktiviti yang seramai 44 peserta ini, BKG BOLEH!!

Terima Kasih semua...........



2 comments:

  1. salam, saya mewakili peserta xpdc gunung nuang pd 17 julai dari ipg kampus pendidikan islam mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh guider kakigunung yang sudi bersama-sama kami dalam menjayakan xpdc kali ini sehinnga ke kem lolo. walaupun penat tetapi pengalaman-pengalaman tersebut sangat memberi makna kepada kami "budak kaki bandar" :) harap harap guider kaki gunung tidak serik menerima kunjungan dr kami pada masa akan datang, thank youu kepada kakak dan abang abang guider :)

    ReplyDelete
  2. Kami di BKG juga mengalu-alukan peserta dri IPG KPI sekiranya memerlukan phidmatan kami lgi.. jangan lupe contact kami lg, yg pasti kamu semua akan pasti merindui keindahan hutan Gunung Nuang...

    ReplyDelete