Monday, May 16, 2011

Seribu Penghargaan & Tahniah

BKG mengucapkan seribu penghargaan kepada mereka-mereka yang berminat menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh kami, banyak 'feedback' yang kami terima dari peminat sukan lasak seperti mendaki gunung.

BKG juga mengucapkan tahniah kepada group LC (Let's Conquer) yang terdiri daripada 10 orang (5 lelaki 5 perempuan) kerana berjaya menawan puncak Gunung Nuang, kami juga ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan dari pihak BKG ataupun ada kekecewaan dari pihak LC semasa BKG mengendalikan aktiviti menawan puncak Gunung Nuang.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun cuaca dan keadaan trek tidak begitu baik, inilah yang dipanggil asam garam didalam hutan. Kena bersedia apa jua halangan yang mendatang, secara keseluruhan boleh BKG katakan ianya BERJAYA. Tahniah dan terima kasih BKG ucapkan, sehingga berjumpa lagi dilain aktiviti. InsyaALLAH.


*Gambar penuh akan di muat naik kemudian

4 comments:

  1. Tahniah untuk korang sbb berjaya naik ke Nuang utk sekian kalinya..aku?blom pernah..hehe

    so nnti insyaallah aku naik dgn korang je :)

    ReplyDelete
  2. boleh2...
    xde mslah tu pun kalau ktorg pg lagi la...
    hahha

    ReplyDelete
  3. ko nyiii. kata sebulan sekali.

    ReplyDelete
  4. amie--> ko nak naik nuang lg ke...?
    hahahaha

    ReplyDelete