Tuesday, February 8, 2011

Kasut Mendaki

Kasut Getah / Adidas Kampung ↑
Kasut 'outdoor' Timberland ↑
Kasut 'outdoor' Hi-Tec ↑

Mungkin ada di antara pendaki-pendaki baru atau 'beginner' menghadapi masalah mencari kasut yang sesuai untuk mendaki gunung, mungkin juga ada pencanggahan pendapat mengatasi masalah ini. Bagi mengatasi masalah ini, BKG ada beberapa tips dan cadangan dalam pemilihan/penggunaan kasut dalam aktiviti mendaki.


1- Kasut 'outdoor' Hi-Tec
2- Kasut 'outdoor' Timberland
3- Kasut 'outdoor' Colombia
4- Kasut Getah / Adidas Kampung
**Elakkan membeli kasut di kedai barang lusuh/bundle, ini kerana kualiti sesuatu barang sudah terjejas walaupun ianya barang berjenama

Pemilihan kasut berjenama seperti di atas memerlukan belanja yang besar, ini mungkin membuatkan pendaki terasa keberatan untuk memilikinya. Pendaki di larang memakai kasut sukan biasa (kasut futsal, badminton dll) bagi mengelakkan ketidakselesaan dan kasut rosak semasa pendakian, ini kerana tapak dan tahap ketahanan kasut tidak setaraf dengan keadaan bentuk gunung. Kaki anda mungkin akan mengalami kecederaan ataupun kasut mengalami kerosakan!

Kebanyakan pendaki-pendaki tegar Malaysia memakai kasut jenis getah atau dengan nama lain Adidas Kampung, kasut jenis ini mungkin agak tidak sesuai kerana rupa bentuk dan bahan buatannya. Keselesaannya juga di ragui, berkemungkinan kaki anda boleh melecet atau cedera. Rata-rata pendaki memakai kasut jenis ini kerana ringan, murah, kalis air, mudah dicuci selain mudah kering.

Pemilihan kasut harus dibuat dengan teliti bagi menjayakan pendakian anda selain mengelakkan kecederaan, ketahanan kasut harus ditahap yang paling tinggi bagi mengelakkan kerosakan di tengah pendakian,keselesaan juga harus dititik beratkan. Semoga tips BKG dapat membantu anda.....


3 comments:

  1. mana boleh beli kasut getah ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kedai hardware pun ade atau kedai outdoorworld the mines downtown

      Delete
  2. kalau sport shoes yang design-nya macam flat shoes boleh ke? 2 in 1. tak macam sport shoes biasa tu. bahaya ke tak untuk pendakian?

    ReplyDelete