Tuesday, January 31, 2012

Aktiviti: 25 - 26 Februari 2012 (Gunung Nuang)

Masih segar lagi aktiviti pada 27 - 29 Januari lalu bersama pelajar-pelajar UITM Segamat Johor, BKG sekali lagi akan ke Gunung Nuang pada 25 - 26 Februari bersama 1 kumpulan yang terdiri daripada 10 - 15 peserta. Untuk aktiviti kali ini, kami akan membuka penyertaan kepada umum yang ingin bersama-sama BKG meneroka  dan menawan puncak Gunung Nuang. Untuk makluman semua, penyertaan adalah terhad dan dikenakan yuran bagi menampung perbelanjaan makanan dan juga permit. Kepada sesiapa yang ingin menyertai aktiviti ini sila hubungi Mohd Fadli 012-2779803 untuk pengesahan, anda juga boleh lawati laman facebook BKG di http://www.facebook.com/pages/Budak-KAKI-Gunung/350400928319786.


Sunday, January 29, 2012

Gunung Nuang: UITM Segamat, Johor

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan, selesai sudah aktiviti yang dijalankan selama 3 hari 2 malam pada 27 - 29 Januari 2012. Peserta kali ini terdiri daripada pelajar-pelajar dari UITM Segamat, Johor. Seramai 28 orang peserta termasuk seorang Cik kaunselor sebagai pengiring menyertai aktiviti mendaki Gunung Nuang pada kali ini, daripada 28 orang peserta hanya lebih 15 orang peserta berjaya menawan puncak Gunung Nuang. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya menawan puncak gunung, pada yang tidak berjaya anggap ini sebagai 1 permulaan. 


BKG menyusun sepuluh jari memohon keampunan sekiranya ada kekecewaan atau ada yang berkecil hati sepanjang kami menjadi guider , kami cuba memberikan yang terbaik kepada semua peserta. BKG menganggap aktiviti sebagai SUKSES kerana majoriti peserta berjaya menawan puncak gunung tertinggi di Selangor ini, kejayaan ini juga didorong dengan kekuatan mental dan fizikal para peserta. Diharapkan aktiviti ini dapat memberi motivasi kepada peserta untuk menjalani kehidupan seharian, kami disini mendoakan kejayaan kepada semua peserta. Semoga berjaya dalam hidup dan dapat mencapai cita-cita yang di impikan!
















InsyaALLAH kita bertemu lagi, jangan segan menghubungi kami untuk sebarang perkongsian aktiviti atau berkongsi sebarang pendapat dan juga ketidakpuashatian sepanjang aktiviti dijalankan. Kami disini pasti merindui aktiviti bersama pelajar-pelajar UITM Segamat Johor ini, anda semua memang terbaik. Like juga laman facebook kami  http://www.facebook.com/pages/Budak-KAKI-Gunung/350400928319786 (",)



Tuesday, January 3, 2012

Aktiviti Gunung Nuang Januari 2012

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia
Selamat tahun baru BKG ucapkan kepada semua warga Malaysia, semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik dan sejahtera. Aktiviti BKG pada tahun 2012 ini dibukakan dengan aktiviti menawan Puncak Gunung Nuang sekali lagi tetapi kali ini menjadi guider kepada 32 pelajar-pelajar UITM Segamat Johor, aktiviti akan diadakan selama 3 hari 2 malam.


Aktiviti bermula pada 27 Januari 2012 dan berakhir pada 29 Januari 2012, ini merupakan aktiviti terpanjang yang BKG akan adakan. Seperti biasa, BKG mengharapkan aktiviti kali ini berjalan dengan sempurna dan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini, InsyaALLAH.


Semoga di tahun baru ini BKG dapat mematangkan diri dalam aktiviti sukan lasak seperti mendaki ini dan dapat menambah pengalaman. Kami masih lagi dalam proses belajar, sekiranya ada yang sudi memberi pendapat atau cadangan, kami di sini mengalu-alukan.