Wednesday, September 5, 2012

Pecah Lemak - Bukit Tabur



Tempat: Empangan Hulu Kelang, Taman Melawati 
Tarikh: 29 September 2012
Masa: 7.00 pagi
Tema: Hari Raya (bawa baju kurung/baju melayu - sesi bergambar)
Makanan: Portluck (menu raya cth: rendang/nasi impit/lemang dll) - Akan dipastikan kemudian!
Bayaran: Tiada
Pertanyaan: 012-2779803 (Mohd Fadli)



- Kepada sesiapa yang ingin menyertai aktiviti ini boleh hubungi no seperti di atas untuk pengesahan. Terbuka kepada semua peserta, di alu-alukan kepada peserta yang baru ingin menceburi aktivit mendaki. 


Salam Merdeka Raya

Tidak terlewat kiranya kami BKG ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenali kami, mohon maaf di pinta dari hujung rambut hingga hunjung kaki. Kami juga ingin mengucapkan Salam Merdeka yang ke 55 tahun, bersyukur kemerdekaan ini masih lagi kekal sehingga kini. Sudah lama rasanya tak menulis disini, bukan hilang cuma merehat-rehatkan diri. Rasanya urat-urat pun dah kendur, otot-otot pun dah lembik, stamina pun dah hilang, tiba masanya untuk beraksi semula.

Untuk masa yang terdekat ini, BKG ada membuat aktiviti PECAH LEMAK @ Bukit Tabur pada 29 September 2012. Ini aktiviti ringan dan santai bagi memulakan perjalanan semula setelah sekian lama berehat, sesuai untuk semua. Bagi yang berminat boleh hubungi Mohd Fadli 012-2779803 untuk mengesahkan penyertaan. Maklumat lanjut mengenai aktiviti akan di beritahu kelak dalam entri seterusnya, aktiviti pemanas badan ini adalah percuma.


Tuesday, July 3, 2012

Chemerong Berembun Lansir (1 - 3 Jun 2012)

Alhamdulillah berjaya aktiviti 1 Jun hingga 3 Jun lalu menawan Gunung Chemerong, Gunung Berembun dan Air Terjun Lansir. Aktiviti kali ini amat berbaloi walaupun bermandi peluh dan memerah kudrat untuk ke destinasi dituju, sesuatu yang amat menarik untuk pendaki-pendaki mencuba ke CBL ini. Apa yang boleh dikatakan disini adalah berbaloi sekiranya ke sini, pasti ada sifat kagum dengan keindahan ciptaan ALLAH ini. 



















Aktiviti ini dianjurkan oleh REDTOP, sebuah kumpulan outdoor dari Bangi. Seorang wakil BKG telah mengikuti aktiviti ini, dari pengalaman beliau ia benar-benar berbaloi dan pengurusan aktiviti dari REDTOP juga bagus selain dapat bertemu rakan-rakan outdoor yang lain. Kami dari BKG berkemungkinan besar akan mengadakan aktiviti ke CBL ini di aktiviti akan datang, InsyaALLAH.


Sentiasa nantikan aktiviti-aktiviti dari BKG dari semasa ke semasa, boleh ikuti kami juga di laman page facebook Budak Kaki Gunung. Segala perancangn sudah dibuat hanya nantikan pembaharuaan dan kemunculan perkara-perkara baru dalam BKG. YEAH!!!







Suka Duka GUNUNG DATUK

Aktiviti kali ini menawan puncak Gunung Datuk Negeri Sembilan, terdiri daripada 2 ahli BKG bersama 6 peserta luar. Aktiviti dijalankan pada 30 Jun 2012 dan berjaya dilaksanakan dengan selamat tanpa sebarang perkara yang tidak diingini, lebih mengembirakan apabila kesemua peserta berjaya menawan puncak gunung biarkan baru pertama kali mencuba aktiviti mendaki ini.






Selepas ini BKG akan mengadakan aktiviti-aktiviti untuk peserta yang baru ingin mencuba sukan lasak mendaki ini, aktiviti yang akan dijalankan untuk mereka ini seperti mendaki Bukit Tabur, Bukit Broga, Sungai Chilling, Gunung Angsi dan lain-lain destinasi yang lebih mudah ditawan. Kepada mereka yang ingin mula mencuba sukan mendaki ini nantikan kemunculan aktiviti-aktiviti akan datang. InsyaALLAH



Sunday, May 13, 2012

Chemerong + Berembun + Lansir (31 Mei - 3 Jun 2012)

Trip yang dibawakan oleh REDTOP ini juga dikenali sebagai  "Trip mendaki sambil bermain air", selain itu ada juga sesi bergambar yang bertemakan " Japanese/Korean " mengikut kreativiti sendiri. Berikut adalah penerangan terperinci mengenai trip ini:

Kos: RM 100 (Guide+Makanan+Peralatan Perkhemahan)
Pengangkutan: Sendiri / Carpool
Tentatif program: ↓↓

10:00pm (31 Mei 2012)
- Berkumpul di stesen LRT Terminal Gombak

11:30pm (31 Mei 2012)
- Perjalanan dimulakan (Lebuhraya Karak - LPT - Laluan Jerangau - Jabor)

6:30am (1 Jun 2012)
- Berhenti Solat Subuh & Sarapan

8:00am (1 Jun 2012)
- Bergerak masuk ke Felda Kampung Raja
- Tiba di Kawasan Hutan Lipur Chemerong
- Senaman, Taklimat & Doa

9:00am (1 Jun 2012)
- Mulakan perjalanan melalui Hutan Lipur

12:00pm (1 Jun 2012)
- Tiba di Kem Balak
- Makan tengahari

1:00pm (1 Jun 2012)
- Mulakan pendakian ke puncak Berembun

5:00pm (1 Jun 2012)
- Tiba di puncak Berembun
- Sesi bergambar

5:30pm (1 Jun 2012)
- Mulakan perjalanan ke tapak perkhemahan Air Terjun Lansir

6:30pm - 10:00pm (1 Jun 2012)
- Tiba di Air Terjun Lansir
- Solat
- Makan malam
- Ice Breaking
- Tidur

6:00am (2 Jun 2012)
- Solat Subuh
- Sunrise
- Sarapan

10:00am (2 Jun 2012)
- Aktiviti mandi manda Air Terjun Lansir
- Sesi Bergambar mengikut tema

1:00pm - 8:00pm (2 Jun 2012)
- Makan tengahari
- Solat Zohor
- Sambung aktiviti
- Solat Asar
- Sunset
- Solat Maghrib

8:00pm - 10:00pm (2 Jun 2012)
- Makan Malam
- Solat Isyak
- Tidur

6:00am (3 Jun 2012)
- Solat Subuh
- Sunrise

7:00pm - 9:00pm (3 Jun 2012)
- Sarapan
- Berkemas
- Senaman ringan
- Doa

10:00pm (3 Jun 2012)
- Mulakan perjalanan turun

1:00pm (3 Jun 2012)
- Makan tengahari

2:00pm (3 Jun 2012)
- Mulakan perjalanan turun ke Air Terjun Chemerong
- Aktiviti mandi manda

5:00pm (3 Jun 2012)
- Tiba di Hutan Lipur Chemerong

6:00pm (3 Jun 2012) 
- Bersurai


** Untuk sebarang pertanyaan mahupun penyertaan sila hubungi no di bawah: ↓↓

Boy: 012-2644013
Apek: 017-6896087


(BKG hanya berkongsi aktiviti kepada semua dan BKG tidak terlibat sama sekali dalam penganjuran aktiviti di atas)


Sunday, February 26, 2012

Gunung Nuang - SME Corp KL Sentral

Alhamdulillah selesai sudah aktiviti pada 25 & 26 Februari yang lalu, semuanya selamat pergi dan balik walaupun aktiviti ini terdapat sedikit pergelutan masa dan masalah kecederaan. Mujur sedikit persediaan yang BKG buat dapat membantu peserta meneruskan jua perjalanan, ini juga di dorong oleh semangat kental peserta sendiri. 


Peserta kali ini seramai 12 orang, terdiri daripada 10 peserta dari SME Corp dan 2 peserta persendirian. Daripada itu hanya seramai 8 orang peserta sahaja yang berjaya menawan puncak gunung tertinggi di Selangor ini yang mempunyai ketinggian 4898 kaki tinggi dari aras laut. Seawal 7:00 pagi peserta diberi sedikit taklimat dan info mengenai Gunung Nuang dan diiringi dengan bacaan doa memohon kesejahteraan ALLAH tuhan mencipta segala alam.





Pada awal perjalanan semuanya bermula seperti yang dirancangkan, peserta juga nampak bersemangat dengan aktiviti kali ini. Perjalanan ke Kem Pacat mula menggugat semangat, mental & fizikal, peserta mula terasa kesukaran trek yang mula memacak hampir 90 darjah. 2 peserta membuat keputusan menarik diri semasa separuh perjalanan ke Kem Pacat setelah hampir 1 jam 30 minit mendaki dari Kem Lolo untuk sekurang-kurangnya sampai ke kem yang juga dikenali sebagai Istana Pacat.




10 peserta selamat tiba ke Kem Pacat lebih kurang pada 12:00 tengahari, peserta mula menampakkan wajah-wajah kepenatan tetapi sedikit pun tidak mencalarkan semangat untuk menawan puncak Gunung Nuang . Perjalanan diteruskan tanpa menoleh kebelakang lagi tetapi kali ini trek benar-benar menduga para peserta sehinggakan seorang lagi peserta menarik diri selepas baru sahaja 10 minit perjalanan dari Kem Pacat.



Pada lebih kurang 2:00 petang peserta tiba di Puncak Pengasih yang juga dipanggil Puncak Kecik, tiba disini mula ada menampakkan permasalahan. Peserta mula kekurangan air dan bergelut untuk mengejar masa, kesukaran trek banyak menggugat peserta. Masalah kelaparan dan kehausan mula menghantui, peserta hanya berbekalkan semangat untuk terus mendaki ke puncak. Kecederaan mula menyerang peserta, 2 peserta wanita mengalami kecederaan lutut dan kuku kaki.

Dalam pergelutan dengan masalah, akhirnya 9 peserta bersama 2 ahli BKG sampai ke puncak dalam kelewatan waktu. Masalah terus dirasai apabila ada peserta terlupa membawa lampu suluh dan kehabisan air minuman. Setelah memikirkan untuk menghadapi masalah yang pasti akan berlaku, BKG menyarankan peserta berehat seketika di puncak untuk mengembalikan semula tenaga yang telah diguna.






Hampir 4:00 petang peserta bergerak turun dari puncak ke tapak khemah di Kem Lolo, masalah air dan kecederaan membuatkan perjalanan ini menghadapi kesukaran. Kumpulan 9 peserta ini berpecah menjadi 2 kumpulan, sekumpulan 5 peserta lebih laju menuruni gunung meninggalkan 4 peserta lain bersama 2 ahli BKG. Ini berikutan masalah kecederaan yang dihadapi, untuk mengurangkan risiko BKG melepaskan seberapa banyak peserta turun lebih awal.

Sekumpulan 4 peserta dan 2 ahli BKG tiba di Kem Pacat lewat 7:00 petang, kami terpaksa mendapatkan air di water point 15 minit menurun dari Kem Pacat. Kami mengambil masa untuk berehat dan cuba mengurangkan masalah kecederaan yang dihadapi peserta. BKG telah menerangkan kepada peserta mengenai apa yang bakal dihadapi semasa perjalanan nanti. Sudah pastinya perjalanan bakal ditempuh pada malam hari dan masalah kekurangan lampu suluh sedikit menyukarkan lagi perjalanan.

BKG mengambil langkah berhati-hati dan tidak terburu-buru semasa perjalanan turun, kami cuba mengelakkan peserta berasa takut dan panik. Cuaca sejuk mula menambah kesukaran perjalanan, bunyi-bunyian hidupan hutan memeriahkan perjalanan. BKG mengambil tindakan berjalan dalam kumpulan untuk mengatasi masalah lampu dan mengurangkan lagi risiko lain. Alhamdulillah semuanya selamat tiba ke tapak khemah dengan selamat walaupun dalam waktu yang agak lewat, lebih kurang 10:30 malam semua 4 peserta selamat tiba.

Ini merupakan pengalaman pertama BKG berjalan dalam malam menuruni Gunung Nuang, syukur semuanya selamat. Pengalaman ini akan diambil untuk mematangkan lagi BKG dalam sukan lasak mendaki gunung ini. Ucapan terima kasih BKG kepada peserta kali ini kerana sudi menggunakan perkhidmatan kami, sekiranya ada kekecewaan dalam tempoh BKG menjadi guider harap dimaafkan dari awal hingga akhir. Kepada yang berjaya menawan puncak, tahniah kami ucapkan dan kepada yang tidak berjaya anggap ini 1 permulaan untuk terus cuba menawan puncak gunung. InsyaALLAH kita berjumpa lagi