Thursday, February 23, 2012

Aktiviti: 25 - 26 Februari 2012 Gunung Nuang - SME Corp KL Sentral

Assalammualaikum, Salam 1 Malaysia,


Pada minggu ini BKG sekali lagi akan meng-guide 1 kumpulan terdiri daripada 11 orang peserta yang majoritinya dari SME Corp KL Sentral, 9 lelaki dan 2 wanita dari pihak mereka. Dalam aktiviti kali ini, BKG mempetaruhkan 2 guider untuk membawa kumpulan ini. Ahli yang lain tidak dapat menyertai aktiviti kali ini atas urusan yang lebih penting, turut menyertai aktiviti minggu ini ada 2 orang peserta yang merupakan kenalan.


Kebanyakan peserta dari SME Corp KL Sentral adalah merupakan pendaki-pendaki senior dari BKG, ada yang telah mendaki Gunung Nuang 10 tahun lepas. Perkhidmatan kami diperlukan atas dasar keselamatan yang diutamakan oleh pihak penganjur iaitu Abang Bai, selain melancarkan aktiviti yang cuba dijalankan. InsyaALLAH.


Kami dari BKG mengalu-alukan dan mengucapkan selamat datang ke Gunung Nuang kepada kumpulan SME Corp KL Sentral ini, diharapkan segala apa yang dirancang berjalan dengan baik dan lancar. 



Thursday, February 9, 2012

Ketinggian Gunung-Gunung Malaysia



1. Gunung Kinabalu 13,455ft(4101m) Sabah
2. Gunung Trusmadi 8,669ft(2642m) Sabah
3. Gunung Tambuyukon 8,462ft(2579m) Sabah
4. Gunung Murud 7,946ft(2422m) Sarawak
5. Gunung Mulu 7,795ft(2376m) Sarawak
6. Gunung Tahan 7,182ft(2189m) Taman Negara Pahang
7. Gunung Korbu 7,162ft(2183m) Ipoh Perak
8. Gunung Yong Belar 7,156ft(2181m) Perak
9. Gunung Gayong 7,129ft(2173m) Perak
10. Gunung Chamah 7,120ft(2170m) Sempadan Perak – Kelantan
11. Gunung Yong Yap 7,110ft(2167m) Perak
12. Gunung Ulu Sepat(Grik) 7,089ft(2161m) Perak
13. Gunung Batu Putih(Tapah) 6,990ft(2131m) Kuala Woh, Perak
14. Gunung Tama Abu 6,930ft(2112m) Sarawak
15. Gunung Irau 6,924ft(2110m) Pahang
16. Gunung Benum 6,914ft(2107m) Jerantut Pahang
17. Gunung Apd Runan 6,900ft(2103m) Sarawak
18. Gunung Gerah 6,898ft(2103m) Perak/Kelantan
19. Gunung Berembun 6,817ft(2078m) Perak
20. Gunung Berinchang 6,664ft(2031m) Pahang
21. Gunung Tangga 6,609ft(2014m) Pahang
22. Gunung Swettenham 6,434ft(1961m) Perak
23. Gunung Liang Timur 6,343ft(1933m) Behrang Ulu/Tg. Malim Perak
24. Gunung Siku 6,284ft(1915m) Cameron Highland Pahang
25. Gunung Noring 6,197ft(1889m) Perak
26. Gunung Bintang 6,110ft(1862m) Sempadan Perak – Kedah
27. Gunung Noring East 6,106ft(1861m) Kelantan
28. Gunung Beremban 6,041ft(1841m) Pahang
29. Gunung Basor 6,038ft(1840m) Kelantan
30. Gunung Semangkuk 5,984ft(1824m) Selangor
31. Gunung Ulu Kali 5,814ft(1772m) Ulu Yam Baru Selangor
32. Gunung Bujang 5,812ft(1771m) Pahang
33. Gunung Besar 5,737ft(1749m) Lasah/Sg. Siput Perak
34. Gunung Chabang 5,612ft(1771m) Simpang Pulai(Kinta) Perak
35. Gunung Jasar 5,565ft(1696m) Cameron Highland Pahang
36. Gunung Rajah 5,526ft(1684m) Kuala Kubu Baharu Selangor
37. Gunung Bubu(Manong) 5,437ft(1657m) Perak
38. Gunung Bah Gading 5,318ft(1621m) Perak
39. Gunung Perdah 5,173ft(1577m) Cameron Highland Pahang
40. Gunung Ulu Jerneh(Selama) 5,172ft(1576m) Perak
41. Gunung Rabong 5,047ft(1538m) Gua Musang Kelantan
42. Gunung Ulu Titi Basah(Grik) 5,030ft(1533m) Perak
43. Gunung Lebah 4,992ft(1521m) Perak
44. Gunung Tapis 4,960ft(1512m) Kuantan Pahang
45. Gunung Nuang 4,898(1493m) Pangsoon/Ulu Langat Selangor
46. Gunung Bedong 4,818(1469m) Cameron Highland Pahang
47. Gunung Besar Hantu 4,794ft(1461m) Bkt. Lolo/Ulu Langat Selangor
48. Gunung Mandi Angin(Dungun) 4,790(1460m) Kg. K. S. Perlis Kelantan
49.Pine Hill Tree(Frasers Hill)4,777(1456m) Kuala Kubu Baru Selangor/Pahang
50.Gunung Hijau(Bkt Maxwell) 4,751(1448m) Taiping Perak
51. Gunung Ulu Perus 4,700ft(1433m) Taman Negara Pahang
52. Gunung Bunga Buah 4,690ft(1430m) Genting Highland Pahang
53. Gunung Stong 4,664ft(1423m) Kuala Krai Kelantan
54. Gunung Chingkai 4,583ft(1397m) Kg. Jalong/Sg. Siput Perak
55. Gunung Diwangsa 4,578ft(1395m) Taman Negara Pahang
56. Gunung Ulu Bakar(Jerantut) 4,563ft(1391m) Taman Negara Pahang
57. Gunung Gagau 4,513ft(1376m) Tasik Kenyir
58. Gunung Ulu Bakau 4,421ft(1348m) Selangor
59. Gunung Inas(Grik) 4,400ft(1341m) Kg. Kenering Perak
60. Gunung Ulu Soh(K. Kangsar) 4,343ft(1324m) Tasek Chenderoh Perak
61. Gunung Padang 4,314(1315m) Terengganu
62. Gunung Berangkat 4,254ft(1297m) Perhentian Bertam Baharu Kelantan
63. Gunung Perdis 4,195ft(1279m) Taman Negara Pahang
64. Gunung Ledang(Segamat) 4,187ft(1276m) Asahan/Sagil/Tangkak Johor
65. Gunung Panggang Paku 4,155ft(1266m) Cameron Highland Pahang
66. Bkt Lata Papalang 4,152ft(1266m) Kg. Tg. Pari(Baling) Kedah
67.Gunung Biong 3,997ft(1218m) Kg. Baharu Sauk,Batu Kurau Perak
68. Gunung Jerai(Gurun) 3,992ft(1217m) Kuala Muda Kedah
69. Gunung Gajah Terom 3,958ft(1206m) Terengganu
70. Gunung Bokbak 3,934ft(1199m) Perak
71. Gunung Telapa Buruk 3,913ft(1193m) Kg. Ulu Klawang N. Sembilan
72. Gunung Irong 3,908ft(1131m) Pahang
73. Gunung Kuak Rimau(Grik) 3,712 Pahang
74. Gunung Kubang Badak 3,650ft(1106m) Kg. Surau Baling Kedah
75. Gunung Gabis 3,627 Kg. Bkt Koman(Raub) Pahang
76. Gunung Penumpu 3,590ft(1094m) Taman Negara Pahang
77. Gunung Serudum 3,462ft(1055m) Pancing/Kuantan Pahang
78. Gunung Lerek(Maran) 3,441ft(1049m) Kg. K. Sentul Pahang
79. Gunung Besar 3,398ft(1036m) Johor
80. Gunung Belumut 3,313ft(1010m) Kg. Kahang/Kluang Johor
81. Gunung Bekok 3,126ft(953m) Johor
82. Gunung Datok 2,900ft(884m) Rembau N. Sembilan
83. Gunung Raya 2,890ft(881m) Pulau Langkawi Kedah
84. Gunung Perak 2,836ft(864m) Kedah
85. Western Hill(Penang Hill) 2,723ft(830m) Pulau Pinang
86. Gunung Angsi 2,702ft(824m) Kuala Pilah N. Sembilan
87. Gunung Tampin 2,507ft(764m) Tampin N. Sembilan
88. Gunung Pulai 2,147ft(654m) Johor
89. Gunung Senyum 1,594ft(486m) Felda Bt. 25/Jengka Pahang
90. Gunung Panti 1,498ft(457m) Kg. Lukut, Kota Tinggi/ Johor

Credit to Pelayaran Hidup

Tuesday, January 31, 2012

Aktiviti: 25 - 26 Februari 2012 (Gunung Nuang)

Masih segar lagi aktiviti pada 27 - 29 Januari lalu bersama pelajar-pelajar UITM Segamat Johor, BKG sekali lagi akan ke Gunung Nuang pada 25 - 26 Februari bersama 1 kumpulan yang terdiri daripada 10 - 15 peserta. Untuk aktiviti kali ini, kami akan membuka penyertaan kepada umum yang ingin bersama-sama BKG meneroka  dan menawan puncak Gunung Nuang. Untuk makluman semua, penyertaan adalah terhad dan dikenakan yuran bagi menampung perbelanjaan makanan dan juga permit. Kepada sesiapa yang ingin menyertai aktiviti ini sila hubungi Mohd Fadli 012-2779803 untuk pengesahan, anda juga boleh lawati laman facebook BKG di http://www.facebook.com/pages/Budak-KAKI-Gunung/350400928319786.


Sunday, January 29, 2012

Gunung Nuang: UITM Segamat, Johor

Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan, selesai sudah aktiviti yang dijalankan selama 3 hari 2 malam pada 27 - 29 Januari 2012. Peserta kali ini terdiri daripada pelajar-pelajar dari UITM Segamat, Johor. Seramai 28 orang peserta termasuk seorang Cik kaunselor sebagai pengiring menyertai aktiviti mendaki Gunung Nuang pada kali ini, daripada 28 orang peserta hanya lebih 15 orang peserta berjaya menawan puncak Gunung Nuang. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya menawan puncak gunung, pada yang tidak berjaya anggap ini sebagai 1 permulaan. 


BKG menyusun sepuluh jari memohon keampunan sekiranya ada kekecewaan atau ada yang berkecil hati sepanjang kami menjadi guider , kami cuba memberikan yang terbaik kepada semua peserta. BKG menganggap aktiviti sebagai SUKSES kerana majoriti peserta berjaya menawan puncak gunung tertinggi di Selangor ini, kejayaan ini juga didorong dengan kekuatan mental dan fizikal para peserta. Diharapkan aktiviti ini dapat memberi motivasi kepada peserta untuk menjalani kehidupan seharian, kami disini mendoakan kejayaan kepada semua peserta. Semoga berjaya dalam hidup dan dapat mencapai cita-cita yang di impikan!
















InsyaALLAH kita bertemu lagi, jangan segan menghubungi kami untuk sebarang perkongsian aktiviti atau berkongsi sebarang pendapat dan juga ketidakpuashatian sepanjang aktiviti dijalankan. Kami disini pasti merindui aktiviti bersama pelajar-pelajar UITM Segamat Johor ini, anda semua memang terbaik. Like juga laman facebook kami  http://www.facebook.com/pages/Budak-KAKI-Gunung/350400928319786 (",)



Tuesday, January 3, 2012

Aktiviti Gunung Nuang Januari 2012

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia
Selamat tahun baru BKG ucapkan kepada semua warga Malaysia, semoga semuanya berada dalam keadaan yang baik dan sejahtera. Aktiviti BKG pada tahun 2012 ini dibukakan dengan aktiviti menawan Puncak Gunung Nuang sekali lagi tetapi kali ini menjadi guider kepada 32 pelajar-pelajar UITM Segamat Johor, aktiviti akan diadakan selama 3 hari 2 malam.


Aktiviti bermula pada 27 Januari 2012 dan berakhir pada 29 Januari 2012, ini merupakan aktiviti terpanjang yang BKG akan adakan. Seperti biasa, BKG mengharapkan aktiviti kali ini berjalan dengan sempurna dan lancar tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini, InsyaALLAH.


Semoga di tahun baru ini BKG dapat mematangkan diri dalam aktiviti sukan lasak seperti mendaki ini dan dapat menambah pengalaman. Kami masih lagi dalam proses belajar, sekiranya ada yang sudi memberi pendapat atau cadangan, kami di sini mengalu-alukan.



Monday, October 17, 2011

Gunung Nuang - Kumpulan KWSP Klang (15 Oktober 2011)


Terubat rindu BKG ingin ke gunung lagi, sudah lama tak main kotor. Pada Sabtu 15 Oktober 2011 lepas BKG sekali lagi menjadi guide membawa 1 kumpulan besar dari KWSP Klang seramai 36 orang, cuma kali ini BKG hanya membantu Mohamad Najid dan juga Amir dalam menjayakan akiviti yang diuruskan. BKG terdiri daripada 4 ahli, Emy, Sazwan, Aiman dan Fadli selain itu kami juga bekerjasama dengan ketua penganjur Najid dibantu Amir dan Nadirah.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan selamat walaupun matlamat asal tidak dapat dicapai, menurut atas kertas matlamat ingin menawan puncak Gunung Nuang. Akibat masa yang tidak mencukupi, matlamat itu terpaksa dilupakan atas faktor-faktor keselamatan. Secara keseluruhnya kami berjaya membawa kumpulan ini selamat ke Kem Pacat dan turun semula ke tempat berlepas. Pencapaian yang ditunjukkan para peserta membuatkan kami berasa kagum kerana peserta terdiri dari warga veteran, pertengahan, wanita dan kanak-kanak.

Taklimat dan kata-kata aluan

Bacaan doa dari Najid

Pendakian bermula

Aktiviti bebas

Aktiviti bebas

Tahniah dari BKG kepada semua peserta, permulaan yang baik. Tahniah juga kepada semua guider kerana berjaya sekali lagi membawa 1 kumpulan yang besar mendaki Gunung Nuang. Diharapkan kelemahan-kelemahan dan kesilapan-kesilapan dalam menjadi guider dapat diperbaiki dan tidak diulangi, insyaALLAH.




Wednesday, September 14, 2011

Tentatif Aktiviti Baru

Sudah lama BKG bercuti, terasa rindu pada bauan tumbuhan hijau, kejernihan air terjun dan keriuhan bunyi serangga. Disini BKG mengalukan kepada semua yang mempunyai aktiviti pendakian atau yang seangkatan denganya dan ingin di paparkan dalam blog ini boleh berbuat demikian dengan menghantar tentatif di alamat emel berikut- chip_munks85@yahoo.com.

Kami di BKG akan mengemaskini tentatif aktiviti dilaman blog kami untuk tatapan umum, tiada bayaran dikenakan untuk itu. Ini bagi memudahkan peserta-peserta yang meminati sukan lasak ini untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan, selain memudahkan peserta untuk mencari aktiviti gunung. Untuk makluman, tentatif perlulah lengkap dengan nombor untuk dihubungi, yuran penyertaan, tarikh dan masa yang lengkap